SET LENGKAP PRODUK KOSMETIK

5 Set Lengkap Produk Kosmetik Yang Anda Wajib Ada Untuk Solekan Terbaik

Apabila bercakap mengenai Set Lengkap produk kosmetik, kebanyakan wanita sudah tahu apa yang perlu dibeli setiap bulan bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat.

Happy Make Up GIF by foodieg - Find & Share on GIPHY

Bagi wanita yang berusia 30-40an, mereka sudah tahu keperluan dan set lengkap produk kosmetik yang mereka mahu gunakan bagi mendapatkan kesan terbaik. Namun bagi wanita yang masih muda dan baru pertama kali mahu menggunakan produk kosmetik, sudah pasti mereka tertanya-tanya apa yang perlu dibeli.

Ianya memang akan mengelirukan dengan istilah dan penggunaan terma dalam kosmetik. Setiap jenama produk kosmetik seperti produk kosmetik alha alfa dan produk kosmetik Alif Syukri menggunakan terma berbeza bagi membezakan produk mereka daripada produk di pasaran.

Walaubagaimanapun, kebanyakan jenama popular lain masih menggunakan terma yang sama supaya pengguna tidak keliru.

Jadi ini ialah 5 produk kosmetik yang anda wajib ada untuk solekan terbaik

Set lengkap produk kosmetik #1 – BB Cream, CC Cream, DD Cream

Ketiga-tiga jenis bedak ini ialah bedak asas yang mempunyai fungsi dan tujuan sama kepada solekan. BB cream berasal daripada perkataan Beauty Balm atau Blemish Balm. BB Cream mempunyai antioksidan yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada radikal bebas.

Bb Cream Skinactive Sticker by garnier_pt for iOS & Android | GIPHY

CC Cream pula berasal daripada perkataan Colour Correcting. Fungsinya masih sama iaitu untuk membetulkan tona kulit sebelum menggunakan alat solek di wajah. DD Cream pula berasal daripada perkataan Double Defense yang mengandungi SPF untuk melindungi kulit daripada sinaran UV matahari.

Ketiga-tiga bedak asas ini sangat penting sebagai ‘alas wajah’ sebelum memulakan solekan. Namun bergantung kepada anda mahu gunakan yang mana satu. Jangan pula anda gunakan ketiga-tiga jenis sekaligus, tebal makeup anda nanti.

Set lengkap produk kosmetik #2 – Foundation

set lengkap produk kosmetik

Foundation berfungsi sebagai lapisan pertama solekan yang akan menentukan kecantikan solekan lapisan seterusnya. Foundation membantu untuk stabilkan tona kulit & garisan halus di wajah.

Jika wajah anda mempunyai parut, foundation juga boleh digunakan untuk menutupi parut tersebut sebelum mengenakan solekan seterusnya. Foundation juga akan menjadikan solekan bertahan lebih lama. Semakin bagus foundation yang anda gunakan, semakin lama solekan dapat bertahan.

Setiap solekan memerlukan foundation tetapi anda perlu pastikan anda memilih foundation yang sesuai untuk wajah dan jenis solekan yang akan digunakan nanti.

Set lengkap produk kosmetik #3 – Eye Shadow

Tak lengkap solekan tanpa eye shadow. Eye shadow memainkan peranan penting untuk menaikkan seri wajah di bahagian mata. Jika tiada eye shadow, mata akan kelihatan sama dengan warna kulit dan tidak menonjol.

Eye shadow juga berkesan untuk menutup tanda gelap di bawah mata anda. Efek natural akan kelihatan jika anda mampu menggunakan eye shadow dengan baik.

Set lengkap produk kosmetik #4 – Lipstick / Gincu

Chiquis Rivera Makeup Sticker by CHIQUIS for iOS & Android | GIPHY

Lipstick atau gincu merupakan alat penting dalam produk kosmetik. Jika solekan di bahagian lain sangat sempurna tetapi tiada gincu, maka solekan anda pasti kelihatan cacat.

Lipstick memainkan peranan untuk menonjolkan bahagian bibir dan mulut wanita. Apabila anda tersenyum dengan gincu di bibir, barulah kelihatan lebih menawan.

Gincu yang dihasilkan daripada bahan yang bagus akan membantu bibir anda sentiasa segar dan kelihatan lebih cantik. Pemilihan warna gincu juga sangat penting bagi memastikan ianya mampu menyempurnakan solekan anda.

Set lengkap produk kosmetik #5 – Cleansing Micellar Water

Set lengkap produk kosmetik

Apabila sudah gunakan produk kosmetik & alat solek, jangan lupa untuk menggunakan pencucinya. Anda tidak boleh buang semula solekan dengan air paip. Cleansing water yang mempunyai Micellar dikatakan lebih mudah untuk mencuci solekan dengan adanya molekul nano dipanggil ‘micelles’.

Partikel Micelles ini mampu menghilangkan segala jenis kotoran di wajah termasuk minyak, kotoran asing dan solekan. Micellar cleansing water juga tidak mempunyai alkohol dan bersifat neutral seperti air biasa.

Kaedah cucian dengan cleansing water juga sangat mudah. Hanya perlu letakkan sedikit sahaja di kapas atau kain dan lapkan sahaja pada wajah. Disamping mencuci solekan, micellar cleansing water juga mampu membantu hidrasi kulit anda.

Kesimpulan

Setiap produk kosmetik yang disebutkan di atas merupakan perkara wajib yang perlu ada dalam bilik solek anda. Adalah lebih baik anda membeli semua produk ini daripada satu jenama sahaja kerana setiap brand mempunyai formulasi yang saling bergantung.

Happy I Love You Sticker for iOS & Android | GIPHY

Walaubagaimanapun, segalanya kembali kepada jenis kulit dan kesesuaian produk tersebut dengan kulit anda.Diharapkan anda mampu memiliki produk kosmetik dan alat solekan yang terbaik bagi diri anda.