Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan

19 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan

Pada tahun 2020 ini, lebih-lebih lagi pada musim Covid19 ini, ramai antara kita terutama kaum hawa berada di rumah berbanding di luar. Ini juga adalah waktu emas untuk memulihkan wajah dengan Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan.

Water Agua GIF - Find & Share on GIPHY

Perasan tak, sekarang ni terlalu banyak lambakan produk kesihatan dan skincare yang buat kita teruja, nampak best. Tapi ada sebahagian daripadanya tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Macam-macam tagline yang digunakan. Sampaikan ada yang sanggup claim produk mereka boleh “putihkan kulit seawal 7 hari”. Tidak kurang juga, “boleh kurus tanpa perlu berdiet”.

Adakala, beberapa produk ini tidak segan silu menjanjikan bermacam-macam untuk Tarik pembeli untuk membeli produk kosmetik ini. Tapi adakah ianya selamat? Adakah ianya memberi mudarat kepada pembeli ataupun pengguna? TIdak semua produk sesuai dengan kulit, tetapi lebih mudarat jika produk itu beracun dan punyai kandungan yang terlarang.

Kali ini Zarania.my akan kongsikan beberapa Tips Produk Kosmetik yang Selamat Digunakan

# Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan – Tips Semak Produk Yang Ada Kelulusan KKM

Cara Mudah Semak Produk Yang Ada Kelulusan KKM

Elakkan diri sendiri menjadi mangsa. Pesanan kami, pastikan periksa status ubat atau kosmetik itu terlebih dahulu sebelum membeli dan memakainya. Samada produk tersebut mempunyai kelulusan KKM atau tidak.

Kali ini kami, nak share cara mudah nak semak label produk samada ia selamat digunakan atau tidak.

Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan- 5 CARA MUDAH SEMAK PRODUK YANG ADA KELULUSAN KKM

#Langkah 1

Layari laman web NPRA di www.npra.gov.my . NPRA ialah singkatan kepada National Pharmaceutical Regulatory Agency. Boleh menyemak kelulusan produk suplemen dan skincare/kosmetik melalui laman web yang sama.

#Langkah 2

Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan

Cari ‘Products Search/Carian Produk”.

Cara Mudah Semak Produk Yang Ada Kelulusan KKM

#Langkah 3

Pilih ‘Cosmetic’ untuk menyemak skincare. Boleh pilih ‘Pharmaceutical’ jika mahu menyemak produk suplemen (bukan skincare).

#Langkah 4

Boleh pilih ikut kesesuaian. Pada bahagian ‘Search by’, ada beberapa pilihan:

Product Name

Notification Number

Holder Name

Manufacturer Name

Importer

Active Ingredient

Contoh anda boleh pilih ‘Product Name’ supaya senang untuk membuat carian.

Masukkan nama produk yang ingin disemak. Kami guna contoh mudah ialah Shaklee Youth

#Langkah 5

Tekan “Search”. Ambil beberapa saat, kemudian keluarlah semua senarai produk dengan perkataan ‘Shaklee Youth’ tadi.

Inilah hasil carian tadi. Semua produk dalam rangkaian YOUTH Skincare dari Shaklee telah didaftarkan.

Produk Skincare yang lulus KKM

Produk Supplement Yang Lulus KKM

Jadi, kalau produk yang anda cari terdapat di dalam senarai ini, bermakna produk tersebut mempunyai kelulusan KKM. Jika nama produk yang anda cari tiada dalam senarai, anda perlu semak dengan pengedar produk tersebut atau carilah produk lain yang tersenarai.

Berhati-hatilah dalam pemilihan produk sama ada untuk kesihatan atau penjagaan kulit. Jadilah pembeli yang berilmu. Jangan terlalu obses nak CEPAT CANTIK, nak CEPAT KURUS dalam masa yang singkat, akhirnya memakan diri sendiri. Kongsikan info ini dengan rakan anda supaya sama-sama kita dapat manfaatnya.

Tambahan , kami juga kongsikan beberapa senarai produk tempatan yang popular dan Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan.

19 SENARAI PRODUK YANG SELAMAT DI GUNAKAN di Pasaran

Kita sedia maklum lambakkan produk skicare/kosmetik di pasaran tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Adakah Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan ? Membiak bagaikan di baja baja katanya. Kalau nak di nilai dari NOT KKM (Notifikasi) kebanyakkan produk memang ada NOT , tetapi ramai yang masih tidak faham.

NOT KKM bukan bukti sesuatu produk tu terjamin selamat dari mengandungi bahan terlarang. NOT cuma kelulusan untuk di pasarkan & di bawah pemantauan KKM sahaja.

Skin Care Beauty GIF by Beautycounter - Find & Share on GIPHY

Tiada ujian Lab di buat terhadap produk yang di beri NOT tu. Senang Faham KKM memang tak buat apa-apa ujian makmal sebelum meluluskan permohonan Notifikasi tu & ia bukan bukti kelulusan apa apa.

Sekadar berdaftar dengan KKM sahaja.  Ia cuma declare melalui dokumen di mana kita sedia maklum. Kalau pengeluar produk tu tidak jujur dia boleh menipu atau menukar kandungan produk mereka untuk mendapatkan Notifikasi.

Hadam yang ni. NOT KKM sekadar bukti produk itu berdaftar dengan kkm. Sekiranya berlaku apa2 kemudaratan pada pengguna ia memudahkan KKM untuk mengambil tindakkan sebab semua detail pengeluar ada dengan KKM. Senang KKM nak suruh tarik balik di pasaran. Kalau ingkar mereka akan di kenakan tindakkan undang undang.

Yang telah kantoi atau terkena & NOT KKM di tarik balik itu adalah selepas KKM mendapat aduan pengguna & KKM ambil sampel produk tu membuat ujian makmal.

Shame No Sticker by Disney Zootopia for iOS & Android | GIPHY

Waktu itu lah baru tahu sesuatu produk itu ada merkuri, hidrokinon, Tretinion dan sebagainya. Bagi yang tidak faham & asyik mempertikai kalau produk tu beracun kenapa KKM bagi kelulusan, moga boleh hadam lah.

Sebab tu penting pilih produk yang sudadah di RND. Ada produk di buat kajian bertahun tahun baru di keluarkan & di pasarkan. Untuk memastikan ia benar benar selamat.

Walaupun bukan semua local brand skincare bermasalah tapi sekarang lebih banyak yang bermasalah dari yang selamat. Masih ada local brand skincare ini yang terjamin selamat. Antara Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan

1. Safi

2. Dermags

3. Bluebell

4. Garden of Eden

5. Savee

6. Azanis

7. Simplysiti

8. Sendayu Tinggi

9. Dermalene

10. Mary Jardin

11. Dr. Norman

12. Good Virtues

13. Cosmoderm

14. Secretleaf

15. Elhajj

17. Annona

18. Alaisyah

19. Glorenze

Berikut adalah antara Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan, local skincare/kosmetik yang selamat di gunakan & melalui RND. Suka di ingatkan juga produk yang berkualiti & selamat adakala tidak semua sesuai dengan semua jenis kulit & orang.

Sebab tu penting untuk tahu masalah & keperluan kulit sebelum membeli apa apa produk.

Antara tips tambahan memilih skincare yang selamat antaranya

Green Tea Boomerang GIF - Find & Share on GIPHY

1. Selalunya krim ini tidak berwarna warni

2. Tiada bau yang terlalu wangi, testur krim produk yang selamat tidak melekit,

3. Tidak memberi kesan kecantikkan seawal 3 – 7 hari.

4. Pada packaging tertulis alamat pengilang, Ingredient produk, cara penggunaan.

Sebelum membeli apa-apa produk skincare pastikan pada packaging ada semua label ini

Kesimpulan

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada anda semua. Jadilah pengguna bijak. Sayang diri, sayangi kulit dan elakkan diri dari telalu obses untuk dapatkan kulit putih melepak dengan segera. Produk yang terbaik membantu anda mendapatkan kesan yang baik pada waktu yang sesuai.

Pilih produk mengikut keperluan diri dan kesuaian muka anda. Ada produk yang sesuai untuk kulit berminyak, kulit kering, kulit kusam dan sebagainya.

Sebagai pengguna, anda hendaklah tahu Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan untuk diri anda.