Kulit Kering, Gatal Dan Mengelupas! Ini 7 Cara Untuk Atasinya

Kulit kering, gatal dan mengelupas dapat memburukkan penampilan anda? Adakala kulit kering ini jadi bersisik. Sangat memalukan. Jom ikuti cara mudah hilangkan kulit kering, gatal dan menggelupas. Masalah kulit kering anda pasti akan reda setelah ikuti kaedah dan petua yang akan kami berikan ini.

Punca Masalah Kulit Kering

Masalah kulit kering boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua. Kejadian ini boleh menjadikan kulit muka kering dan kulit kusam.

Antara punca kulit kering dan gatal adalah kerana sebab pemakanan, cara serta gaya hidup, persekitaran di rumah dan tempat kerja. Masalah kulit kering, sekiranya tidak dibendung dari awal, akan melarat menjadi gatal dan akhirnya mengelupas.

Bayangkan sekiranya jari-jemari di tapak tangan anda sangat kering, lalu melarat menjadi gatal. Anda garu dengan asyiknya sehingga kulit yang kering dan gatal itu mengelupas.

Lebih buruk lagi, anda asyik membersihkan, menarik atau mencabut kulit kering di jari anda yang mengelupas itu. Jari-jemari anda akan kelihatan tidak cantik dan tidak bersih.

Anda akan malu untuk bersalaman dengan orang kerana mereka akan dapat melihat, malah dapat merasa kekasaran tangan anda yang kering dan mengelupas itu.

Masalah kulit kering lebih cepat terjadi akibat badan yang kekurangan air, suasana persekitaran yang kering seperti dalam bilik berhawa dingin di rumah dan di tempat kerja, dan sebagainya.

Kadang-kadang kulit seseorang itu boleh menjadi lebih kering dan gatal ketika berpuasa di bulan Ramadhan. Ini kerana kulit lebih mudah kering sebab berkurangan penerimaan air pada waktu siang.

Bagi mereka yang tinggal di negara 4 musim, pasti lebih kerap merasai dan mengalami kulit kering dan gatal. Ini kerana, suasana dingin dan kering berlarutan berbulan-bulan lamanya.

Suasana persekitaran yang kering serta kekurangan air akan memberi kesan kurang baik pada badan dan kulit terutama kulit muka, tangan dan kaki. Bahagian kulit yang terjejas akan mula kelihatan kering, kusam dan kasar.

Kesan Kulit Kering, Gatal Dan Mengelupas

Antara tanda kulit kering adalah terbentuk garis-garis kedutan yang halus, terutama di tulang pipi, sekitar mata dan dahi diiringi rasa gatal, kaku dan kemerahan pada kulit.

Apabila keadaan ini berlarutan, sel kulit akan mati dan seterusnya mengelupas menajadikan kulit kusam. Apabila dehidrasi atau kekurangan air terjadi, kerosakan kulit menjadi lebih serius sekiranya langkah pencegahan tidak diambil segera.

Kejadiaan seperti ini pastinya memburukkan dan memalukan orang yang mengalaminya. Lebih buruk lagi jika emosi mangsa terkesan. Keadaan ini akan membuatkan seseorang rasa tidak yakin, terlalu rendah diri dan mengasingkan diri dari bergaul.

Cara Mengatasi Kulit Kering, Gatal Dan Mengelupas

Jangan risau dan bimbang kerana keadaan kulit kering, gatal dan mengelupas sebenarnya dapat diatasi dengan beberapa cara mudah.

Masalah ini boleh diatasi dengan menjauhkan diri daripada punca yang menyebabkan kulit kering seperti menghindari tempat yang terlalu panas atau terlalu sejuk, yang menyumbang ke arah faktor kekeringan.

Cara hilangkan kulit kering sememangnya ada banyak, cuma mungkin kita yang belum tahu. Kami senaraikan di bawah 7 cara mengatasi kulit kering dan gatal yang efektif lagi berkesan, yang anda boleh terus amalkan:

 

1. Sentiasa Minum Banyak Air

kulit kering

Air bukan hanya melembapkan kulit dan menghidrat, malah membuatkan anda dapat menahan lapar, merasa kenyang serta menjalani kehidupan dengan lebih baik serta produktif sepanjang hari.

Kajian menyatakan, purata tubuh memerlukan lapan gelas air sehari. Elakkan atau kurangkan minuman seperti teh dan kopi kerana ia bersifat diuretik yang mendorong pengeluaran air kencing.

2. Kurangkan Solekan Tebal

Jika anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal, cuba minimumkan solekan tersebut. Solekan yang tebal menggalakkan kulit kering dan boleh menjadi gatal.

Mengurangkan ketebalan solekan dapat merehatkan kulit dari bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik. Kulit muka pun dapat menerima oksigen dan pengudaraan yang lebih. Lagi satu, anda perlu bijak memilih dan menggunakan kosmetik untuk solekan agar tidak membuatkan kulit kering.

3. Sembur Air Sekali-Sekali

Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral ke wajah untuk mengelakkan kekeringan.

Anda juga boleh meletakkan bekas berisi air di meja dalam keadaan tidak ditutup untuk melembapkan udara di persekitaran.

Amalan berwudhu juga dapat membantu secara tidak langsung. Kita wajib solat 5 kali sehari dan pastinya kita akan berwudhu’ minima 5 kali sehari. Kesan basahan kepada wajah dan tangan dapat membantu mengelakkan kekeringan kulit. Lebih bagus lagi, tambah dengan amalan sentiasa kekal berwudhu, nescayawajah tampak sentiasa bercahaya, seperti ada nur.

4. Pelembap Wajah dan Kulit

Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting pada masa kini. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim khas atau lotion melembapkan bagi memaksimumkan fungsinya. Amalan ini dapat membantu mengelakkan kekeringan kulit yang mana akan mencegah dari berlaku gatal dan kulit mengelupas.

5. Guna Sabun Berkualiti

Pilihlah sabun atau cecair mandian yang berkualiti. Sabun berkualiti mempunyai pH seimbang, sesuai dan baik untuk kulit. Secara kimianya, sabun bersifat alkali. Sekiranya sabun yang digunakan tidak berkualiti, boleh jadi ianya terlalu beralkali dan secara tidak langsung menyumbang kearah kulit kering.

6. Makan Makanan Kaya Serat

Selain melakukan penjagaan luar, anda boleh menjaga kesihatan kulit dari dalam melalui kaedah biologi dengan mengambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat sepanjang bulan ini.

Amalan makan buah-buahan segar juga sangat disarankan kerana ia dapat menambah kandungan air dalam tubuh disamping membekalkan vitamin, serta dan nutrient yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

7. Makan Yogurt

Yogurt antara makanan yang baik untuk kesihatan maka ia elok dimakan dari semasa ke semasa. Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt dapat memberi nutrisi pada kulit secara optimum.

Yogurt juga mengandungi bakteria baik yang elok untuk kesihatan tubuh badan, secara tidak langsung membantu kea rah pemeliharaan dan pemuliharaan kulit. Yogurt yang dibuat sendiri lebih elok kerana kita dapat mengawal kadar gula kerana terlalu banyak gula tidak baik untuk badan.

Kesimpulan

Begitulah beberapa petua ringkas bagi mengatasi masalah kulit kering, gatal dan mengelupas. Ianya amat mudah untuk dipraktikkan. Cuba sebaik mungkin untuk mengikuti petua yang diberikan, insyaAllah masalah kulit kering anda pasti akan selesai.

Jom Semak : Zarania Mineral Makeup
Jom Baca Tip : Cara Hilangkan Jerawat

Disamping petua untuk hilangkan kulit kering di atas, kami juga sarankan anda mencuba Magic CC Cream yang semestinya dapat membantu masalah kulit kering anda.