Produk Kecantikan Zarania

5 Cara Mudah Memilih Produk Kecantikan Untuk Apa Jua Jenis Kulit

Produk Kecantikan digunakan hampir semua wanita di dunia. Penggunaan produk kecantikan untuk memastikan wajah mereka sentiasa terjaga dan kelihatan cantik menawan. Jika wanita yang ada kulit bermasalah, mereka juga menggunakan produk kecantikan yang bagus mengikut situasi & jenis kulit mereka.

Walaubagaimanapun, tak semua produk kecantikan yang ada di pasaran sesuai dan bagus untuk kulit anda. Anda kena buat pilihan yang tepat untuk mendapatkan produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan.

Berikut ialah 5 cara mudah memilih produk kecantikan untuk apa jua jenis kulit.

Cara pilih produk kecantikan #1 – Diikhtiraf Selamat Oleh Badan Berwajib

Produk kecantikan yang ada di pasaran mempunyai beberapa kategori antaranya produk timbang kilo, produk ujian klinikal dan produk import dari negara luar. Anda perlu pastikan setiap produk yang anda nak guna mempunyai kelulusan badan berwajib terlebih dahulu.

Pada tahun 2017-2020, sudah banyak produk yang diwartakan sebagai tidak selamat dan membahayakn keselamatan pengguna. Ada produk luar negara yang tiada kebenaran dan sijil kelulusan KKM tetapi masih dijual secara diam-diam di pasaran gelap.

Yang lebih pelik ialah produk sebegitu masih mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia dan dijual secara terbuka di media social. Jadi, pastikan anda lihat dahulu kod kelulusan KKM serta sijil yang dikeluarkan itu ialah sijil tulen.

Cara pilih produk kecantikan #2 – Tiada Bahan Kimia Berbahaya

Lerchek Letique Sticker for iOS & Android | GIPHY

Terdapat banyak produk kecantikan berbahaya yang ada di pasaran. Sebahagian daripadanya sudah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan sebagai tidak selamat digunakan manakala yang lain masih lagi bebas dijual di pasaran terbuka.

Selain daripada mendapat kelulusan KKM, anda juga perlu tahu bahan-bahan yang digunakan dalam produk kecantikan. Selalunya, bahan yang digunakan ada dipaparkan di belakang kotak atau botol produk.

Anda boleh semak bahan tersebut dan buat rujukan tambahan di laman web kementerian. Kebanyakan produk kecantikan mempunyai kimia berlebihan dan ianya boleh merosakkan kulit wajah anda selepas beberapa kali menggunakannya.

Lebih parah apabila kesan berbahaya tersebut lambat muncul dan anda hanya ketahuinya selepas beberapa bulan menggunakan produk tersebut. Sebelum terjadi situasi sedemikian, maka anda perlu semak bahan-bahan yang digunakan dalam produk kecantikan Malaysia.

Cara pilih produk kecantikan #3 – Ikut Kesesuaian Kulit

Cara pilih produk kecantikan - Ikut Kesesuaian Kulit

Ini ialah asas pemilihan produk kecantikan yang sesuai untuk kulit anda. Anda perlu pastikan dahulu jenis kulit anda sebelum membeli produk kecantikan.

Ada beberapa jenis kulit iaitu:

a) Produk Kecantikan untuk Kulit Kering

Kulit kering berlaku disebabkan kekurangan air dan menjadikan kulit mudah menggelupas.

b) Produk Kecantikan untuk Berminyak

Kulit anda sentiasa berminyak walaupun sudah banyak kali anda mencucinya.

c) Produk Kecantikan untuk Kombinasi

Gabungan kulit berminyak & kering berlaku di sebahagian muka. Selalunya akan bemrinyak di bahgaian hidung, dagu & dahi manakala di pipi sangat kering.

d) Produk Kecantikan untuk Sensitif

Kulit yang sensitive akan menyebabkan gatal-gatal & ruam.

e) Produk Kecantikan untuk Normal

Kulit normal ialah kulit yang tidak kering & tidak berminyak. Sangat kurang orang yang memiliki kulit begini.

Walau apa pun jenis kulit anda, anda tetap perlu pilih produk kecantikan yang sesuai dengan jenis kulit. Jika kulit anda kering, kena pilih produk yang sesuai untuk kulit kering dan sebaliknya. Jika anda salah guna produk, anda mungkin akan mengahadapi masalah kulit yang lebih teruk.

Cara pilih produk kecantikan #4 – Guna 1 Jenama Yang Sama

Cara ini mungkin kelihatan pelik namun 55% wanita lebih suka menggukan jenama yang sama untuk set lengkap produk kecantikan.

Dalam satu set lengkap produk kecantikan akan ada cleanser, sunscreen, pelembab, toner, pencuci muka, foundation dan sebagainya yang diperlukan oleh wanita.

Penggunaan satu jenama yang sama ini akan memudahkan anda membeli produk tersebut dalam set lengkap dan ianya terjamin akan sesuai dengan kulit anda. Jika anda buat pembelian produk yang berbeza, ada kemungkin salah satu produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda.

Pemilihan jenama yang sesuai mungkin akan mengambil masa yang lama untuk ditemui, namun apabila anda sudah menemui produk yang serasi dengan kulit, ianya akan menjadi satu kerja yang mudah buat anda untuk pilih produk kecantikan terbaik.

Cara pilih produk kecantikan #5 – Utamakan Produk Tempatan

Memang tidak dinafikan terdapat banyak produk kecantikan yang popular berasal daripada luar negara. Ada produk kecantikan korea, ada produk kecantikan Jepun dan sebagainya. Namun anda jangan pandang rendah kepada produk kecantikan buatan Malaysia.

Ada juga produk kecantikan tempatan yang telah pun melalui ujian klinikal sebelum dipasarkan kepada pasaran umum. Para saintis dan pakar telah buat ujikaji dan menjalankan beberapa ujian klinikal terhadap manusia & kaedah in vitro.

Produk sebegini selalunya mempunyai formula yang sudah dipatenkan dan kualitinya lebih baik berbanding produk kecantikan yang selalu keluar iklan di televisyen.

Tuntasnya…

Wanita perlu pilih produk kecantikan yang sesuai untuk memastikan kulit wajah sentiasa dalam keadaan yang bagus dan selesa setiap hari. Produk kecantikan bukan sahaja berfungsi sebagai alat solek di wajah tetapi ia juga berperanan untuk merawat kulit wajah menjadi lebih baik.

Happy I Like It GIF by swerk - Find & Share on GIPHY

Oleh sebab itu, sangat penting bagi anda memilih dan menggunakan produk kecantikan yang sesuai dengan kulit. Anda sangat bertuah jika produk yang digunakan mampu merawat dan menjadikan kulit semakin baik dan cantik.