5 Petua Cara Hilangkan Jerawat Batu Dan Pasir Di Muka

Ramai yang mencari cara hilangkan jerawat. Ikuti 5 petua cara menghilangkan jerawat batu & pasir di muka. Lepas ini anda tiada masalah lagi untuk kecutkan jerawat dan hilangkan jerawat.

Fahami apa itu jerawat?

Jerawat adalah keadaan kulit yang terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati. Jerawat umumnya berlaku pada golongan remaja dan orang dewasa yang masih muda. Fenomena ini terjadi dari komedo (benjolan kecil yang muncul di pori-pori kulit dan merupakan bakal jerawat) yang tidak berinflamasi, penuh nanah atau benjolan besar berwarna merah dan benjolan lembut kenyal. Sekiranya dibiarkan, ia akan membentuk jerawat yang sememangnya tak diingini.

Terdapat beberapa jenis jerawat yang boleh terbentuk dari proses di atas. Salah satu daripadanya adalah jerawat batu yang menyebabkan wajah menjadi kemerahan disertai dengan benjolan lembut kenyal akan tetapi dipenuh nanah. Jerawat ini biasanya menimbulkan rasa sakit atau gatal. Jerawat batu boleh terbentuk pada muka, dada, punggung, lengan atas dan bahu. Keadaan jerawat batu ini sungguh terasa sangat menyiksa dan membuat wajah menjadi tak hensem dan tak cantik, seterusnya menjadikan anda akan merasa kurang yakin pada diri sendiri dan malu. Dalam keadaan tertentu, masalah kulit seperti ini boleh berlarutan menjadi terlalu berminyak. Jadi, bagaimanakah cara hilangkan jerawat batu dan pasir ini?

5 Petua Cara Hilangkan Jerawat

Terdapat beberapa petua cara hilangkan jerawat. Namun setelah meneliti kesemua petua, kami senaraikan 5 petua kecutkan jerawat terbaik, praktikal dan berkesan yang dapat menghilangkan kedegilan jerawat batu dan pasir di muka anda dengan segera iaitu:

1. Kentang

cara hilangkan jerawat

Kentang adalah daripada jenis ubi yang umum digunakan sebagai bahan makanan. Selain dari digunakan untuk makan, anda boleh juga gunakannya untuk menghilangkan jerawat batu dan pasir. Caranya mudah sahaja. Pertama sekali kupas sebiji kentang dan potong kentang tersebut nipis. Kemudian, letakkan potongan nipis kentang tadi di bahagian yang terdapat jerawat batu dan pasir. Biarkan potongan nipis kentang tadi selama 10 minit. Setelah itu, alihkan kentang nipis tadi dan basuhlah muka dengan air.

2. Kunyit, limau nipis dan madu

Anda boleh juga menggunakan gabungan bahan semulajadi lain seperti kunyit, limau nipis dan madu. Mula-mula, bersihkan dan kupas kulit kunyit lalu dilumat dan dihaluskan. Selepas itu perah limau nipis dan letakkan 2 sudu madu pada kunyit yang telah dilumatkan tersebut. Gaul campuran dengan rata sehingga sebati seperti pasta. Gunakan sebatian pasta ini sebagai masker wajah dengan meletakkannya selama 10 minit. Setelah itu basuh muda dengan air bersih.

3. Putih telur

Putih telur adalah lagi satu alternatif menarik yang boleh merawat kedegilan jerawat baru dan pasir di wajah. Ia mengandungi pelbagai zat serta enzim seperti lusozim yang mampu menghancurkan sel dari bakteria penyebab jerawat. Ia juga dapat mengecilkan pori-pori kulit dan mengurangkan lebihan minyak pada wajah. Untuk menggunakan putih telur, mula-mula basuh telur dan pecahkannya dengan berhati-hati. Pisahkan kuning telur tersebut kerana anda cuma perlu guna putih telur. Kacau putih telur sehingga ia mengembang dan membentuk pasta. Sapukan paste telur putih di muka pada bahagian berjerawat. Biarkan selama 10 minit dengan diikuti membasuh muka dengan air suam.

4. Lidah Buaya

Pokok Lidah Buaya adalah sebuah tumbuhan yang istimewa yang mengandung mineral, antioksidan, vitamin C dan E. Ia banyak digunakan untuk perawatan rambut tetapi sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat batu dan pasir dengan efektif. Caranya juga mudah. Mula-mula dapatkan daun lidah buaya dan potong bahagian tengahnya. Anda akan dapati terdapat gel di dalam daun lidah buaya tersebut. Ambil gel tersebut, kacau sedikit dengan lembut lalu applikasikan sebagai masker di muka di tempat ada jerawat batu dan pasir tersebut. Biarkan sehingga ia kering. Setelah seketika, cuci muka dengan air bersih.

5. Kulit Limau

Bukan sahaja isi limau, kulit limau juga mengandung vitamin C dan asid sitrik yang terkandung dalam kulit limau dapat membersihkan pori-pori yang tersumbat dan mengeluarkan sel-sel kulit yang mati. Kaedah menghilangkan jerawat batu menggunakan kulit jeruk juga tidak rumit, mudah sahaja. Pertama sekali, jemur kulit limau sehingga ia kering. Kemudian, tumbuk kulit limau sehingga ia menjadi hancur dan halus. Lalu tambahkan air secukupnya hinga ia membentuk pasta. Letakkan pasta tersebut itu di wajah pada bahagian yang ada masalah jerawat batu dan pasir. Biarkan pasta kulit limau tersebut mongering. Setelah seketika, cuci muka dengan air suam.

Kesimpulan cara hilangkan jerawat

Untuk lima petua menghilangkan jerawat batu dan pasir di atas, anda boleh pilih mana-mana yang dirasakan sesuai dan mudah untuk diamalkan. InsyaAllah masalah di muka anda boleh hilang. Demikianlah tips dan cara hilangkan parut jerawat batu secara semula jadi yang cepat. Semoga bermanfaat.

Untuk mendapat cara hilangkan jerawat lebih pantas, kami sarankan anda cuba amalkan Magic CC Cream dari Zarania. Ianya terbukti bagus dan lebih efektif apabila disinergikan penggunaannya dengan petua di atas.