5 Petua Cara Hilangkan Jeragat Degil Dengan Cepat

Tak berjaya cara hilangkan jeragat degil? Jom, ikuti 5 petua cara hilangkan jeragat dengan cepat! Masalah jeragat anda pasti selesai setelah anda praktikkan 5 petua hilangkan jeragat degil mujarab kami.

APA ITU JERAGAT?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita fahami apakah itu sebenarnya jeragat? Jeragat dalam konteks perubatan dikenali sebagai open comedo, iaitu boggol kuning atau kehitaman atau keadaan terseumbat pada kulit. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, jeragat dikategorikan adik-beradik kepada jerawat. Ia kelihatan seperti satu lekukan kecil pada kulit muka. Jeragat terhasil disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi.

Jika anda salah mempunyai masalah jeragat, pasti anda tahu perasaannya. Si wanita pastinya terasa kurang cantik, manakala si lelaki terasa kurang hensem. Masalah susulan seperti kurang keyakinan diri dan malu ini muncul dek kerana masalah jeragat. Masalah pastinya jadi lebih kronik kiranya ianya diiringi dengan bintik hitam di muka. Jadi, macam mana cara hilangkan jeragat degil ini?

PETUA CARA HILANGKAN JERAGAT

Terdapat banyak kaedah tradisi dan moden bagi menghilangkan masalah jeragat degil pada wajah. Fokus kami di sini adalah kepada cara tradisional dan semulajadi, bebas bahan kimia. Daripada pelbagai petua yang ada, kami kompilasikan 5 petua terbaik cara hilangkan jeragat degil dengan cepat khas untuk anda.

1. Baking Soda (Soda Penaik)

Baking soda atau juga dikenali sebagai soda penaik adalah bahan yang dapat membantu pengelupasan minyak, kotoran dan sel kulit mati pada kulit. Baking soda juga berupaya mengekalkan keseimbangan pH kulit seterusnya mewujudkan permukaan kulit lebih sihat. Cara penggunaannya mudah sahaja.

Pertama sekali campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk dijadikan pes yang agak likat dan tebal. Kemudian, sapukan pes tersebut pada kawasan jeragat degil dengan rata. Biarkan ianya kering dan setelah lebih kurang beberapa minit, basuh dengan air bersih. Ulangi proses ini dua ke tiga kali seminggu. InsyaAllah hasilnya menarik. Namun demikian, sekiranya kulit anda jenis yang sangat sensitive, sebaiknya elakkan dari menggunakan baking soda.

2. OATMEAL

cara hilangkan jeragat

Petua seterusnya adalah dengan menggunakan oatmeal. Oatmeal berfungsi sebagai agen pengelupasan semulajadi bagi menghilangkan kulit dan sel mati serta kotoran yang terkumpul. Ianya juga dapat menyerap minyak berlebihan seperti menyerap kolestrol dalam salur jantung. Dengan berkurangnya minyak, liang pada kulit akan terbuka untuk pengudaraan.

Cara penggunaanya adalah dengan mencampurkan dua sudu yogurt asli, satu sudu jus lemon dan madu dan empat sudu besar oatmeal. Gaulkan semuanya dengan sebati sehingga membentuk pes. Letakkan pes ini pada muka anda dan biarkan selama 15-20 minit sebelum mencuci dengan air bersih. Sekiranya sukar mendapatkan yogurt, jus lemon atau madu, cukuplah sekadar menggunakan oatmeal sahaja menjadi pes. Setelah itu letakkan pes pada muka seperti mana yang diterangkan sebelum ini.

Ulangi amalan ini secara konsisten 2-3 kali seminggu, insyaAllah jeragat degil itu akan hilang.

3. JUS LEMON

Satu lagi bahan asli yang nyata berkesan menghilangkan jeragat adalah jus lemon. Jus lemon sangat kaya dengan asid alpha hydroxyl dan ia berupaya membantu menggelupaskan kulit dan membantu pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen.

Cara penggunaannya cukup mudah. Celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. Teruskan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.

4.  CUKA EPAL CIDER

Cuka epal cider berfungsi seperti astringen dan dengan itu ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang membantu melawan jerawat.

Caranya, campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air. Letakkan pada muka anda dengan menggunakan bola kapas. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

Cara lain adalah dengan mencampurkan satu bahagian cuka epal cider dengan tiga bahagian tepung jagung. Letakkan pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum menggosok muka semula. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam. Selepas itu, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.

Cuba cara ini setiap hari atau beberapa kali seminggu sehingga anda mendapat hasil yang memberangsangkan.

5. CUCI MUKA DENGAN KERAP

Cara hilangkan jeragat yang pertama ialah anda perlu lebih menitik-beratkan pasal kebersihan. Basuhlah muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka demi menghilangkan jeragat. Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati; dan pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebtu di bahagian muka.

Kesimpulan cara hilangkan jeragat

Begitulah 5 petua terbaik cara hilangkan jeragat degil dengan cepat. Ianya bukan dengan krim jeragat ataupun pencuci muka untuk jeragat, tetapi bahan semula jadi. Amalkan segera dan insyaAllah masalah jeragat degil anda pasti selesai setelah anda saranan mujarab kami.

Kami ingin juga sarankan pelbagai produk killer Zarania yang dapat digunakan bersama 5 petua di atas untuk cara hilangkan jeragat. Sinergi petua dan moden dari kami akan membuatkan kulit anda flawless.