Bahan berbahaya dalam produk kosmetik

Pastikan 9 Bahan Berbahaya Dalam Produk Kosmetik Ini Tidak Ada Dalam Produk Kosmetik Yang Anda Sedang Gunakan Untuk Elak Kesan Negatif

Bahan Berbahaya Dalam Produk Kosmetik tidak diketahui oleh wanita. Obsesi wanita terhadap produk kosmetik akan memberikan kesan buruk kepada kulit wajah. Sampai pada satu tahap, mereka bukan lagi mahu
fokus untuk dapatkan kulit yang sihat tetapi lebih kepada mahu kelihatan
cantik.

Maka para wanita akan mencari produk kosmetik dan produk kecantikan
yang menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka. Mereka tidak kisah
mengenai bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut,
mereka tidak kisah produk kosmetik lulus KKM atau tidak.

Marilyn Monroe Kiss GIF - Find & Share on GIPHY

Bagi wanita begini, hasilnya adalah nombor satu. Asalkan boleh nampak
cantik, mereka akan beli dan pakai.
Jika anda juga tergolong dalam golongan tersebut, pastikan anda tukar
fikiran dengan segera kerana terdapat banyak produk kosmetik
mengandungi bahan berbahaya di pasaran.

Pastikan 9 Bahan Ini Tidak Ada Dalam Produk Kosmetik
Yang Anda Sedang Gunakan Untuk Elak Kesan Negatif

Bahan berbahaya dalam produk kosmetik #1 – DEA (diethanolamine)

Ini ialah salah satu bahan kimia penyebab kanser yang ada dalam
produk kosmetik. Jika anda melihat pada label produk yang anda
gunakan dan ada bahan yang tertulis perkataan DEA, maka ianya
sangat berisiko untuk anda.

Walaupun digunakan pada kulit luar sahaja, namun DEA boleh meresap
ke dalam tubuh dan terakumulasi di bahagian hati & ginjal lantas
menyebabkan tumor.

Jika anda sedang mengandungkan anak, ianya juga boleh
membahayakan anak anda dengan memberi kesan kepada memorinya
apabila semakin membesar.

Bahan berbahaya dalam produk kosmetik #2 – Nanopartikel

Nanopartikel kedengaran seperti menarik dan canggih kan? Namun
anda perlu sedar bahawa ianya adalah sejenis bahan kimia yang
berfungsi untuk menghantar bahan kimia lain meresapi kulit.

Nanopartikel mempunyai saiz yang 1000 kali lebih kecil dari sehelai
rambut anda. Ianya sangat halus dan mustahil untuk dilihat dengan mata
kasar.

Mtv 90S GIF - Find & Share on GIPHY

Seperti mana yang anda boleh bayangkan, saiznya yang halus
membolehkan ianya meresap terus ke saluran darah dan organ penting
anda.

Dalam ujikaji yang dijalankan oleh The ILSI Research Foundation
terhadap nanopartikel mendapati ianya mampu membunuh sel dalam
badan dan menyebabkan kanser.

Bahan berbahaya dalam produk kosmetik #3 – Toluena

Toluena ialah satu bahan yang kimia yang selalu terdapat dalam
penggilap kuku. Bahan ini mampu memberikan kesan buruk kepada
otak.

Bahan Berbahaya Dalam Produk Kosmetik

Toluena sudah dilarang penggunaannya di Amerika dan beberapa
negara Eropah lain disebabkan kesannya yang sangat bahaya kepada
pengguna.

Toluena dikatakan akan menyebabkan halusinasi dan mempengaruhi
kesihatan otak.Jika anda terbeli produk yang mengandungi bahan ini,
elakkan daripada terguna produk tersebut.

Bahan berbahaya dalam produk kosmetik #4 – Sodium Lauryl/Laureth Sulfat (SLS/SLES)

Bahan ini selalunya ada dalam pencuci muka, syampoo dan sabun.
Bahan ini dikatakan akan memberikan kesan gatal kepada kulit jika kulit
anda jenis sensitif.

No Way Wow GIF - Find & Share on GIPHY

Pengguna SLS/SLES ini ialah untuk menghasilkan buih yang banyak.
Jika anda melihat produk yang anda gunakan menghasilkan buih yang
keterlaluan, maka anda perlu elakkan produk tersebut terutamanya bagi
kanak-kanak.

Bahan berbahaya dalam produk kosmetik #5 – Phthalates

Phthalates ialah bahan kimia yang digunakan dalam plastik untuk
memberikan ketahanan & fleksibilitinya. Bahan ini tidak berbau dan tidak
ada warna khusus menyebabkannya sukar untuk dikenalpasti oleh mata
kasar.

Phthalates seringkali digunakan dalam produk wangian untuk menjaga
ketahan pati wangian dalam botol dan dalam produk berasaskan
semburan (spray)

Jika anda lihat kod bahan berikut pada label produk, sila elakkan:
Bisphenol A (BPA)
Dibutyl phthalateshalate (BPD)
Diisononyl phthalateshalate (DiNP)
Diethyl phthalateshalate (DEP)
Diisodecyl phthalateshalate (DiDP)
Dimenthyl phthalateshalate (DMP)
Benzyl butyl phthalateshalate (BbzP)
Di-n-octyl phthalateshalate (DNOP)
Di-n-hexyl

Bahan berbahaya dalam produk kosmetik #7 – Parabens

Parabens ialah satu bahan yang digunakan sebagai pengawet kepada
produk-produk kosmetik. Ya, pada asalnya Paraben ialah satu bahan
yang bagus untuk pengguna.

Namun selepas beberapa abad paraben digunakan dalam produk
kosmetik, ada 5 jenis paraben yang dilarang dalam produk kosmetik
iaitu:
Isopropylparaben
Isobutylparaben
Benzylparaben
Phenyl Paraben
Pentylparaben

Bahan berbahaya dalam produk kosmetik #8 – Hydroquinone

Hydroquinone ialah bahan kimia dalam produk kosmetik jenis sunscreen
atau sunblock. Ianya juga berfungsi sebagai ejen pemutihan pigmen kulit
yang bersifat menghakis.

Hydroquinone yang dibenarkan untuk kegunaan harian ialah
Hydroquinone 2% sahaja. Bagi Hydroquinone 4%, anda perlu
mendapatkan perskripsi daripada doktor terlebih dahulu.

Hydroquinone akan menyebabkan kerosakan sel kulit lantas
mengakibatkan kulit muka tidak sekata dan tona kulit kusam. Walaupun
ianya kelihatan seperti berfungsi dengan baik untuk memutihkan kulit,
namun kesan negatifnya hanya akan muncul beberapa bulan kemudian.

Bahan berbahaya dalam produk kosmetik #9 – Merkuri

Merkuri ialah satu bahan raksa yang berfungsi untuk melicinkan kulit.
Walaupun kulit kelihatan licin bersih, secara realitinya merkuri sudah pun
menghakis kulit anda dan meresap masuk ke dalam pembuluh darah
seterusnya merosakkan sistem pencernaan & ginjal.

Merkuri juga dikatakan sebagai satu bahan yang berbahaya dan boleh
menyebabkan kanser. Terdapat banyak syarikat yang menggunakan
merkuri dalam produk tetapi tidak menyenaraikannya pada label.

Maka anda perlu berhati-hati terutamanya jika anda mempunyai kulit
yang sensitif. Ianya akan menyebabkan radang kulit dan menjadikan
kulit seakan-akan terbakar.


Kesimpulan

Nak kelihatan cantik tidak salah, tetapi pastikan anda memilih produk
yang betul-betul boleh memberikan kesan baik kepada kulit. Jangan terlalu obses dengan kesempurnaan kulit wajah sehingga mengabaikan kesihatan sendiri.

Efek buruk produk kosmetik bukan boleh dilihat dalam sehari dua, tetapi
ianya mengambil masa yang lama. Jika bukan hari ini, mungkin 3 tahun
akan datang.

Sebelum situasi buruk tersebut berlaku kepada anda, pastikan anda pilih
produk yang diperbuat daripada bahan semulajadi atau yang sudah
menjalani ujian klinikal.