Kelebihan Produk Kosmetik

5 Kelebihan Produk Kosmetik Kepada Wanita Jika Berjaya Buat Pilihan Produk Yang Betul

Kelebihan Produk kosmetik sering dikaitkan dengan produk yang menjadikan kulit wajah wanita kelihatan lebih cantik dan menawan. Jika bertanya kepada wanita, produk kosmetik halal sudah pasti akan menjadi pilihan utama selain daripada produk kosmetik yang lulus KKM.

Terdapat banyak produk kosmetik atau alat solek yang dijual di Malaysia. Kebanyakan produk kosmetik yang mudah dijumpai di kedai-kedai seperti Watsons, Sephora, Guardians dan seangkatan dengannya ialah produk kosmetik import.

Trans Day Of Visibility GIF - Find & Share on GIPHY

Produk kosmetik Korea dan Amerika menjadi pilihan utama wanita Malaysia disebabkan branding yang sangat kuat dilakukan oleh jenama tersebut. Namun tidak dilupakan juga produk buatan Malaysia seperti produk kosmetik Alif Syukri dan produk kosmetik Alha Alfa yang semakin popular sekarang.

Disebabkan syarikat-syarikat di Malaysia sudah semakin bijak dengan mengeluarkan produk kosmetik yang selamat digunakan dan halal, maka sudah semakin banyak produk kosmetik buatan tempatan mendapat tempat di hari para pengguna.

Walaubagaimanapun, para pengguna perlu membuat pilihan produk yang tepat untuk menerima kesan yang baik pada kulit wajah.

Berikut ialah 5 kelebihan produk kosmetik kepada wanita jika Berjaya buat pilihan produk yang betul.

Kelebihan Produk Kosmetik #1 – Kulit Lebih Cantik

Sudah pasti kelebihan utama produk kosmetik ialah kulit anda akan kelihatan lebih cantik. Selepas gunakan set produk kosmetik lengkap, wajah pasti kelihatan lebih segar dan menawan sepanjang hari.

Selepas gunakan foundation, concealer, gincu, maskara dan sebagainya, sudah pasti ianya mampu memberikan impak kepada wajah anda.

Happy Make Up GIF by foodieg - Find & Share on GIPHY

Alat solek merupakan senjata utama kepada semua wanita untuk menarik perhatian orang sekeliling. Tanpa alat solek, sudah pasti wajah akan kelihatan tidak bermaya dan kusam. Siapa yang seronok nak lihat wanita dengan keadaan sebegitu kan?

Kelebihan Produk Kosmetik #2 – Jerawat Hilang

Kelebihan Produk Kosmetik

Jangan terkejut. Ini bakal menjadi reality jika anda menggunakan produk kosmetik organik yang sudah pun terbukti berkesan untuk mengurangkan masalah jerawat & jeragat. Anda perlu pilih produk yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Untuk mendapatkan kelebihan berikut, anda perlu buat kajian mengenai produk-produk yang ada di pasaran terutamanya bahan-bahan yang di dalamnya. Anda boleh beri keutamaan kepada produk yang mempunyai vitamin & ejen anti oksidan.

Kedua-dua mineral ini telah terbukti berkesan untuk mengurangkan masalah jerawat & jeragat jika anda menggunakan produk tersebut secara konsisten.

Kelebihan Produk Kosmetik #3 – Wajah Lebih Berseri

Kelebihan Produk Kosmetik

Kebanyakan produk kosmetik mempunyai fungsi yang sama dan ianya ialah untuk menjadikan kulit wajah kelihatan lebih muda & sentiasa berseri-seri walaupun selepas anda menanggalkan alat mekap tersebut dari wajah.

Mineral yang terkandung dalam produk tersebut akan memberi kesan kepada kulit wajah anda selepas anda menggunakannya dalam tempoh yang lama.

Namun tak semua produk mempu memberikan kesan tersebut kepada anda. Oleh itu, anda perlu buat semakan mengenai produk kosmetik yang lulus KKM dan tidak mempunyai racun berjadual.

Jika anda Berjaya mendapatkan produk yang betul untuk kulit anda, sudah pasti anda akan menerima kesan baik daripada penggunaannya.

Kelebihan Produk Kosmetik #4 – Bibir Lebih Segar

Lips Love GIF by Much - Find & Share on GIPHY

Salah satu set produk kosmetik ialah gincu. Ianya ialah alat solek wajib untuk wanita. Jika wajah sudah disolek dengan baik tetapi tidak memakai gincu, maka ianya tidak lengkap. Gincu akan menjadikan para wanita kelihatan lebih gah & menarik.

Ada gincu yang memberikan efek positif kepada bibir. Jika bibir wanita sentiasa kering, gincu akan bertindak sebagai pelembap bibir dan menjadikannya sentiasa segar walaupun sudah dicuci.

Jika anda perlukan gincu yang boleh membantu anda melembabkan bibir, anda boleh gunakan gincu yang mengandungi vitamin E seperti yang terdapat dalam L’Oreal Paris Infallible Le Rouge atau BUTTER LONDON Bloody Brilliant Lip Crayon.

Kelebihan Produk Kosmetik #5 – Tidak Menjejaskan Kandungan

Kelebihan Produk Kosmetik #5 – Tidak Menjejaskan Kandungan

Bagi ibu hamil yang mahu menggunakan produk kosmetik ketika pergi bekerja, anda masih boleh menggunakannya tetapi perlu memilih produk yang tidak mengandungi bahan kimia.

Kebanyakan produk kosmetik di Malaysia mempunyai bahan kimia seperti phthalates yang boleh memberi kesan buruk kepada janin dalam kandungan. Jadi bagi ibu hamil perlu mendapatkan produk kosmetik tanpa bahan kimia seperti produk kosmetik Nurraysa, Dermags atau produk lain berasaskan organik.

Kesimpulan

Produk kosmetik buatan Malaysia memiliki kualiti yang semakin baik dan semakin mendapat pilihan di hati pengguna. Walaubagaimanapun, anda sebagai pengguna perlu membuat pilihan produk yang tepat bagi mendapatkan efek positif daripada penggunaannya.

Make Up Pink Sticker by Lucy Turnbull for iOS & Android | GIPHY

Produk yang bagus selalunya diperbuat daripada bahan semulajadi dan menjalani ujian klinikal untuk mendapatkan paten bagi produk tersebut. Anda perlu lebih rajin membuat kaji selidik setiap produk untuk mendapatkan jawapannya.

Jangan ikut orang lain. Mungkin produk yang mereka guna sesuai dengan kulit mereka tetapi tidak berkesan untuk kulit anda. Kajian produk yang anda buat akan membantu dalam pemilihan produk terbaik untuk kulit anda.