Serum Terbaik Di Drugstore

10 Serum Terbaik Di Drugstore @ Farmasi Pilihan Siswazah Universiti

Setiap orang terutamanya wanita mengidamkan kulit wajah yang sihat dan sempurna. Di dalam dunia kecantikan, terdapat pelbagai jenis produk penjagaan wajah, salah satunya adalah serum muka.

Salah satu dari masalah kulit muka yang sering dihadapi oleh wanita adalah parut hitam di muka. Jika parutnya banyak, kita pasti akan rasa rendah diri dan tidak yakin untuk keluar bersama rakan-rakan.

Terdapat pelbagai produk Serum Terbaik Di Drugstore yang ditawarkan bermula dari harga yang rendah sehingga harga yang tinggi untuk pilihan wanita di luar sana. Sebelum anda membeli serum kecantikan, ada baiknya jika anda mengkaji dan mengetahui fungsi dan manfaat sesuatu serum tersebut.

Pamela Adlon Mom GIF by Better Things - Find & Share on GIPHY

Kali ini Zarania.com.my akan berkongsi Serum Terbaik di Drugstore @ Farmasi yang anda boleh cuba untuk kulit wajah anda. Tidak perlu risau, kerana apa yang kami rekomen adalah antara produk yang anda biasa dengar dan punyai rating dan kredibiliti yang sangat baik di pasaran!

Berikut adalah 7 serum terbaik yang anda boleh cuba:

#1 Serum Terbaik Di Drugstore @ Farmasi – Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum

Serum Terbaik Di Drugstore @ Farmasi

Gambar : Emptyfloor

Peminat jenama ini mengklasifikasikan produk ini sebagai “best serum ever” dan juga mendapat kedudukan yang tinggi. Anda mesti ingin tahu apakah manfaat yang membuatkan pengguna suka akan serum ini bukan?

Daripada nama serum ini sahaja kita sudah tahu bahawa serum ini bagus dan sesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat. Serum ini membantu untuk mengurangkan dan menhapuskan jerawat di muka. Ia juga mampu mengurangkan kilauan pada muka oleh minyak yang berlebihan. Selain dari itu, serum ini juga mampu mengecilkan liang pori!

#2 Serum Terbaik Di Drugstore @ Farmasi – Avene Hydrance Optimale Hydrating Serum

Gambar : Bloomzy

Serum yang berkepekatan tinggi ini boleh didapati di “drugstore” . Ramai yang mengesyorkan bahawa jenama ini bagus untuk kulit sensitif, alergik, dan sebagainya!

Ia terdiri daripada ekstrak daun Aloe Ferox yang tinggi, Vitamin A, Vitamin C dan Borage Oil. Formula yang berasaskan Aloe Ferox ini penuh dengan nutrien dan anti-oksidan untuk meningkatkan pertahanan kulit yang normal. Semestinya satu kepentingan harian untuk kulit yang sihat dan licin!

#3 Serum Terbaik Di Drugstore @ Farmasi – Clinelle Caviar Gold Firming Serumv

Gambar : Theisabellee

Serum muka intensif ini mampu menganjalkan kulit dan juga memberikan kesan jangka panjang pada kulit anda. Serum ini juga dirumus dengan Kompleks “SuperLIFTING & FIRMING Triple-Gold” , dan ia mengandungi bahan yang berkuasa dan berkesan menjadikan ia amat sesuai untuk digunakan oleh wanita yang sentiasa ingin kelihatan muda kerana ia membantu mengurangkan kedut, perubahan warna kulit dan bintik-bintik penuaan.

#4 Serum Terbaik Di Drugstore @ Farmasi – It’s Skin Power 10 Formula VC Effector

Gambar : Wondersummer

Jenama It’s Skin ini mengeluarkan pelbagai jenis serum untuk pelbagai jenis masalah kulit. Diantara semua jenis serum It’s Skin, Serum VC Effector ini mendapat “rating” yang tinggi diantara serum It’s Skin yang lain.

Serum VC Effector ini mengandungi vitamin C dan estrak teh hijau di dalamnya. Ada juga “review dari pengguna yang mengatakan bahawa serum ini tidak menyebabkan kulit mereka “breakout” dan juga dapat menghilangkan tompok-tompok hitam di muka.

#5 Serum Terbaik Di Drugstore @ Farmasi – Mario Badescu Peptide Renewal Serum

Gambar : Sephora

Walaupun jenama ini sedikit mahal, namun ia masih menjadi kesukaan ramai kerana kebekersanannya dalam melawan masalah kulit kering. Ini adalah serum kuat yang dirumus khas untuk menghilangkan tanda-tanda penuaan dan pada masa yang sama memberikan kulit yang lebih muda.

Kandungan seperti peptida dan bahan botanika lain seperti teh hijau, palmaria palmata, estrak chamomile dan lain lain lagi memberikan kelembapan yang cukup pada kulit wajah dan membantu menambah seri bagi kulit muka yang kusam.

#6 Serum Terbaik Di Drugstore @ Farmasi – COSRX BHA Summer Pore Minish Serum

Gambar : Mishibox

Wanita yang mengalami masalah pori besar mesti suka akan serum ini! Serum ini mampu mengetatkan dan mengecilkan pori kerana ia mengandungi estrak white willow sebanyak 80% dan estrak gandung di dalamnya yang memberikan pelindungan pada kulit.

Selain daripada mengecilkan pori, serum ini juga mampu membuang sel kulit mati dan mengimbangkan tahap kelembapan kulit supaya sentiasa sihat dan lembut.

#7 Serum Terbaik Di Drugstore @ Farmasi – Eucerin Dermo Purifier Concentrate Serum

Gambar : Wiwishop

Serum ini pula diformulakan khas untuk kulit muka berminyak dan senang berjerawat. Ramai yang mengesyorkan serum ini kerana teksturnya yang ringan dah cepat menyerap.

Serum yang mengandungi bahan-bahan seperti “lactic acid” dan anti bacterial decandiol dapat membantu mengatasi masalah jerawat. Ia juga cepat menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit muka sempurna tanpa ada minyak yang berlebihan pada kulit wajah sekaligus memberikan kulit yang lebih baik dan sihat!

Info Tambahan!

Berikut adalah 3 produk yang boleh digunakan untuk hilangkan parut hitam di muka:

#1 Serum Hilangkan Parut Di Muka – Nano White Dark Spot Corrective Serum

Diperkaya dengan Vitamin C, Minyak Pokok Teh dan Alga Laut untuk meringankan bintik gelap, kesan jerawat yang lalu dan mengurangkan jerawat untuk kulit yang lebih cerah. Ia juga dapat mengurangkan jerawat dan mengurangkan sebum berlebihan. Ia juga dapat mengawal sebum yang berlebihan untuk mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit.

Harga: RM56.05

#2. Serum Hilangkan Parut Di Muka – Garden Of Eden, Rosa E Pigmentation Serum

Satu elixir minyak biji rosehip tulen yang disokong dengan minyak biji anggur dan vitamin E semula jadi, Rosa E Pigmentation Serum mencerahkan pigmentasi dan tanda jerawat serta meningkatkan kulit keseluruhan kulit. Dengan asid lemak penting yang diperoleh daripada minyak biji rosehip & minyak biji anggur, serum ini melembapkan dan menyuburkan kulit, sambil menggalakkan pertumbuhan semula dan pembaikan sel.

Antioksidan yang kuat seperti vitamin E semula jadi & minyak biji anggur melindungi kulit daripada radikal bebas berbahaya, dan pada masa yang sama, mempromosikan pengeluaran kolagen yang membantu menegangkan kulit dan mengurangkan garis-garis halus & kedut. Gunakan Rosa E Serum pada waktu malam dan bangun dengan kulit yang lembut, licin dan cerah.

Harga: RM33.01

#3 Serum Hilangkan Parut Di Muka – Cosmoderm Luminuous Pearl Dark Spot Corrector

Serum anti-jeragat yang diperkayakan dengan anti-oksidan dan aktif pencerahan terbaik dari sumber tumbuh-tumbuhan

• Membantu memudarkan jeragat

• Tona kulit jadi lebih cerah dan sekata

• Diguna sebagai langkah penting dalam kitaran pembaharuan kulit

Harga: RM39.02

Kesimpulan

Jika anda mencari serum untuk kulit wajah anda, anda boleh pilih pelbagai jenis serum baik dari dalam atau luar negara. Serum terbaik di drugstore @ farmasi kebiasaan selamat digunakan, mudah didapatkan dan sentiasa ada setiap bulan.

Serum terkenal dengan fungsi menyembuh, membaik pulih wajah dari luka, parut dan kusam muka. JIka anda turut ingin memulihara kulit wajah anda, serum terbaik di drugstore pilihan anda.

Talking Is Hard Good Luck Sticker by Adam J. Kurtz for iOS & Android | GIPHY

Moga perkongsian ini memberi manfaat pada anda. Sekian dari Zarania.com.my